pengaruh budaya luar




Politeknik Kuching Sarawak


Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kod/kursus  :MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia
Kelas : DKM2-S4
Nama/No.Pendaftaran : Michele Vanessa
                                  (05DKM19F1148)
                                 : Rindia Jacqueenna Cilcle
                                   (05DKM19F1125)

Nama Pensyarah : Puan Fatin Izzati 




Tajuk :  Pengaruh Budaya Luar 


Pengenalan :

Pengaruh bermaksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, cara berfikir dan kegiatan. Budaya bermaksud sebagai suatu cara hidup yang diamalkan dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai . Pengaruh budaya barat yang negatif kini menjadi ikutan masyarakat negara kita, terutamanya generasi muda . Penjajahan Barat di negara kita bermula sejak 400 tahun yang lampau dan masyarakat negara ini telah lama terdedah dengan budaya Barat. Masyarakat kita ketika itu mempunyai jati diri yang utuh dan pegangan yang kuat terhadap adat resam dan budaya sendiri sehingga mampu mengekang budaya Barat daripada meresap ke dalam budaya dan kehidupan mereka.

Antara budaya negatif Barat yang telah menular di Malaysia adalah seperti berikut :

1) Punk

Budaya punk telah mula sejak sekitar tahun 1970-an dan popular di ibu kota negara-negara besar seperti New York dan London. Budaya ini merupakan subbudaya daripada muzik rock yang asalnya berunsurkan politik berhaluan kiri. Namun, budaya ini telah berkembang menjadi satu budaya yang dapat didefinisikan melalui fesyen, muzik, kelakuan dan dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan pemberontakan. Muzik punk yang pantas dan kasar menjadi igauan negeri. Budaya punk ini ialah budaya punk yang ganas, dapat merosakkan akhlak remaja dan menggalakkan kegiatan jenayah. Pereka fesyen punk terkenal ialah Vivienne Westwood dan Malcolm McLaren. Pada tahun 1990-an dan 2000 fesyen Skate-punk popular di kalangan remaja yang dipopularkan oleh band seperti Blink 182 dan Green Day. Pada tahun 2004, Green Day dan band punk yang lain memperkenalkan imej punk yang baru seperti pakaian serba hitam, tali leher, seluar ketat, eyeliners dan gaya emo.


         Di Malaysia, budaya ini mula dibawa masuk lewat 1970-an dan berkembang dalam jiwa golongan orang muda khususnya. Pegikut punk mempunyai personaliti yang berbeza dan dapat dilihat dari segi pemakaian dan kelakuan. Gaya rambut mereka yang mengikut ptongan Mohawk dan diwarnakan dengan pelbagai warna.  Manakala dari segi kelakuan mereka sering bertindak agresif. Dengan itu, Budaya punk perlu dibendung dengan kerjasama daripada semua pihak kerana budaya ini telah mengundang kepincangan sosial dalam kalangan masyarakat kita. 











2) Black Metal

Black Metal adalah sebuah subgenre yang ekstrim dan cabang kebudayaan muzik yang heavy metal. Menurut Dr. Khaidzir Ismail (2010) dalam artikelnya dalam slot bicara agama Utusan Online, black metal mendefinisikan sebagai kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila,menggunakan seni kata yang sukar difahami, berunsurkan lucah dan kesyaitanan, berpakaian ala syaitan dan hantu serta lirik lagu yang mempunyai unsur-unsur pemujaan iblis dan roh. Muzik ini mula diperkenalkan pada tahun1960-an. Fahaman yang dibawa oleh black metal ini bertentangan dengan ajaran agama dan bersifat anti ketuhanan. Dalam muzik black metal terdapat unsur satanisme yang sangat erat kaitannya dengan penyembahan terhadap syaitan. Black metal tersebar melalui lirik-lirik lagu yang menolak agama, memuja darah, kematian, keganasan, kekecewaan dan unsur-unsur negatif. Budaya ini mengancam masyarakat kita kerana bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat yang percaya kepada tuhan, sukakan keamanan dan keharmonian.

       





3) Hedonisme


Hedonisme ialah istilah Greek, iaitu 'hedone' yang bermaksud keseronokan, kelazatan dan kegembiraan. Mereka yang mendokong pegangan ini beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan ialah tujuan utama dalam kehidupan. Mereka sanggup mengenepikan pegangan agama semata mata untuk mencapai keseronokan dan menolak segala bentuk penderitaan, kesakitan dan kepayahan. Kehidupan mereka hanya melibatkan hiburan dan pergaulan bebas semata mata. Contohnya, mereka gemar mengunjungi tempat-tempat hiburan seperti pusat karaoke, konsert, parti dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menolak sepenuuhnya budaya buruk ini kerana hedonisme bertentangan dengan amalan dan kepercayaan agama masing-masing.

   Hedonisme menurut Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Menurut sejarah, fahaman hedonisme didukung oleh Aristipus salah seorang murid falsafah Yunani yang terkenal iaitu Socrates. Hedonisme ini dilihat mengariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan.




4) Gengsterisme

Gengsterisme ialah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang dan jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih bertereusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai murid sekolah rendah dan sekolah menengah terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal kajian gengsterisme mengatkan bahawa pada awal remaja golongan ini berpontensi untuk mewujudkan geng. Golongan remaja mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokkan dalam kumpulan mereka. Trasher juga mendifinisikan geng sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit , konflik dan mempunyai perancangan. Contoh-contoh gengsterisme ialah seperti membuli, merompak, agresif, mengedar dada, memeras ugut, keganasan, dan menyeluk poket. Gengsterisme membawa kesan negatif kepada sekolah kerana menganggu proses pembelajaran dan pengajaran. Mewujudkan budaya takut bagi masyarakat untuk melakukan aktiviti harian dan juga berlakunya vandalisme dengan merosakkan harta benda.


5) Fesyen Barat

Fesyen barat juga turut meresap dalam dunia fesyen tempatan. Segelintir golongan belia pada hari ini lebih memilih untuk mengenakan fesyen ala Barat seperti memakai skirt pendek, berseluar jeans ketat dan berpakaian jarang serta tidak menutup aurat. Fesyen Barat tidak menitikberatkan maruah si pemakainya, berbeza dengan fesyen traditional masyarakat tempatan yang penuh dengan kesopanan serta meninggalkan martabat pemakainya. Ciri-ciri tersebut dapat dilihat pada pakaian trasitional seperti baju kurung, cheongsam, sari dan baju melayu. Malangnya, segelinitir golongan belia lebih tertarik untuk mengikuti fesyen Barat yang seksi dan menjolok mata. Pemakaian seperti itu boleh mengundang kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti cabul, gangguan seksual dan rogol.







Kesimpulannya, berbagai krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja dan kesannya ialah masalah gejala sosial dalam kalangan remaja meningkat dan dapat merosakkan nilai diri seseorang individu. Jenis-jenis pengaruh budaya luar  yang dinyatakan di atas merupakan budaya yang sering menjadi ikutan remaja dan masyarakat pada zaman kini. Masyarakat jauh terpesong daripada budaya kita sendiri. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya negatif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan generasi akan datang. 





                                     PENGHARGAAN 

    Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan E-Folio ini dengan sempurna.

      Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah kami Puan Fatin Izzati dan Puan Zainab Mohamad Ahmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang jelas kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. 



Rujukan :

Punca berlakunya Gengsterisme- Azizi bin Hj Yahya

Buku Nilai Masyarakat Malaysia- Masitah Mohfd Ali, Siti Noryanie Yusoff, Kamsani Md Saad

Masalahsosialdimalaysia.blogspot.com

Penerbit UTM Press, 2007 - Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad

Budaya Punk (Interaksi online 2013)- Muhammad Reza Mardiansyah, Turmono Rahardjo, Taufik Suprihatini

JPKS(Jurnal Pendidikan dan Kajian Seni) 2016- Hari Anugrah Januari

http://www.yadim.com.my/Remaja/

Pengarubarat - Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai













   

Comments